Dr. Aisyah merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pergigian dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2017. Beliau mempunyai pengalaman selama tiga tahun dalam sektor kerajaan, diikuti dengan pengalaman lebih daripada setahun berkhidmat di klinik pergigian swasta sebelum menubuhkan klinik pergigian sendiri di Putra Heights.
Beliau juga memiliki kelayakan MFD (Ireland) dan mempunyai minat khusus dalam bidang pergigian kanak-kanak (Paediatric Dentistry). Dr. Aisyah amat menitikberatkan pengalaman rawatan yang selesa, mesra dan positif bagi setiap pesakit, khususnya kanak-kanak, serta sentiasa berusaha memberikan rawatan pergigian yang berkualiti dan berteraskan keperluan setiap individu.
Senyuman yang sihat dan menawan bermula di sini.